Assalamualaikum
and hello!
Wah, esok exam PMR. Bagaimana dengan keadaan adik2 sekarang? Sya harap kalian sudah
nyenyak tidur memandangkan tidur itu penting untuk esok. Tenaga perlu disimpan
untuk menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
Baiklah,
Sya baru saja menyiapkan entri ini hari ini. Mungkin agak terlambat untuk
dibaca oleh adik-adik tapi in syaa Allah berguna untuk saat-saat akhir. Walaupun
tidak bagus belajar disaat akhir, andai terpaksa, gunakan tip ini.
Sebelum
itu, setkan diminda. Perlu bertenang, beri tumpuan dan yakin. Satu hal
perlu diingat. Jangan ambil apa-apa ubat yang meragukan.
Sya
mahu anda bertenang kerana bila adik-adik tertekan, apa saja yang adik baca,
tak akan masuk ke otak. Kalau boleh singkirkan apa saja yang menjadi penghalang
untuk adik-adik fokus. Jika meja bersepah, bersihkan dulu. Kalau lapar, makan
dulu. Dahulukan hal-hal yang asas.
Kemudian,
keluarkan nota kecil yang sudah terisi perkara penting yang wajib
diingati. Tak ada nota kecil?! Kalau anda ada rakan yang baik hati yang boleh
meminjamkan nota, mintalah. Sharing is caring. Sha juga pernah berikan nota
kecil pada rakan selepas membaca buku yang berat mencecah 10 kilo. Bayangkan betapa
banyak ulangkaji yang Sya buat. Pasti rakan kita ada yang tak sempat buat nota
kecil. Percayalah, tak rugi berkongsi. Sebaiknya buat fotokopi.
Jika
adik-adik tidak sempat membuat nota, cara paling efisien untuk mengingati apa
yang kita belajar ialah menjawab soalan-soalan tahun lepas. Seperti
adik-adik, Sya juga pernah mengalami masalah kerana apa yang Sya belajar
dikelas, tidak ada di dalam soalan. Dengan menjawab soalan-soalan tahun lepas,
adik-adik boleh membiasakan diri dengan soalan-soalan sebenar. Boleh rujuk buku
jika jawapan salah. Cara begini sesuai untuk subjek yang memerlukan pengiraan.
Sya pernah buat, percayalah.
Satu lagi
cara ialah saling berinteraksi dengan rakan-rakan. Sesetengah orang
boleh mengamalkan cara ini. Bila berkongsi apa yang mereka baca, secara
automatik kita mendapat nota ringkas dari mereka. Oh, Sya tak boleh
berinteraksi ketika hampir dengan peperiksaan. Kerana itu Sya kata cara ini
sesuai untuk sesetengah orang.
Sya ada
tip untuk pelajar yang mengambil subjek geografi. Kerana Sya obses dengan
geografi jadi Sya menemui cara untuk mengingati nota disaat akhir. Contohnya...
dengan melukis gambar sahaja, penanda markah boleh berikan markah,
sekurang-kurangnya. Walaupun tidak diminta. Itu cara kita mengingati proses
kejadian alam. Buat anak parah dan labelkan ya. Sya pernah gunakan cara ini
semasa STPM dulu. Hampir 40 muka surat digunakan untuk menjawab soalan. Suku dari kertas untuk sedikit imej. Alhamdullilah,
berbaloi.
Tak perlu warna. |
Seterusnya, menghafal secara logik. Bagaimana ya? Contohnya... Contohnya, Haji CikMat Marah Jika Kuda Hijau
Balik Untuk Ke Putrajaya. Terjemahkan balik akan dapat susunan warna mengikut
rintangan dari 0 ke 9. Hitam, Coklat, Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Ungu,
Kelabu, Putih.
Baiklah adik-adik.
SELAMAT MENJAWAB SOALAN. Doa Sya semoga anda berjaya ;)
Baiklah adik-adik.
SELAMAT MENJAWAB SOALAN. Doa Sya semoga anda berjaya ;)
2 great person to talk to me:
wahhh bagus tul tips ni...
untuk semua peringkat umur akak mia. hehe
Catat Ulasan