0

DIFFERENT

 

Title: Different
Media: Watercolour
0

CHERRY BLOSSOM

 10 Sept 2016

Title: Cherry blossom


0

BLOOD FOREST

 

Repost 06 Sept 2016
Title: Blood Forest
0

FROM THE CAVE

 

Title: From a cave
Media: Pine Wood Stick, watercolor, pen
0

GADIS DIBAWAH POKOK WILLOW

 

Love without condition.
Talk without bad intention.
Give without any reason.
And most of all... care for people without any expectation.
Title: Gadis dibawah pokok willow
Media: watercolour, pine wood stick, pensil
22 May 2017
0

ART CLASS [2]: MELUKIS POTRET

Ini yang paling ringkas yang SB boleh ajar anda yang berminat untuk melukis potret. Selalunya pelukis akan menggunakan pembaris atau kertas grid untuk mengira jarak antara anggota wajah. Tapi cara SB berbeza untuk belajar melukis potret sehingga expert.
Cara SB ialah menggunakan kertas karbon atau senang cerita menekap. Bila kita rajin menekap, lama kelamaan kita mendidik jari untuk mengagak kedudukan. Cheat untuk mengasah kemahiran. Akhirnya SB dapat mengagak kedudukan anggota wajah model. Latihan make perfect. 

Lihat perbezaan SB menekap dengan melukis sendiri tanpa sokongan.
-Bawah- Hasil melukis tanpa tekap/pembaris/kertas grid
Siap diwarnakan lagi. 

Itulah teknik SB. Pandai mengagak sendiri. Okey? Good luck.
0

Art Class [1]: Facial Expression


Hello peeps!
Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, akhirnya Sya memilih untuk adakan kelas melukis hari ini untuk minggu ini. Sya baru saja selesai menyiapkan bahan-bahan mengajar malam semalam. Sya fikir nak adakan kelas pada hari rabu hari tu tapi Allah tak izinkan. Sya jatuh sakit. Cerpen ZETA pun Sya tak mampu nak edit lepas perasan kesilapan. Janji tinggal janji. Nampaknya Sya tak boleh selalu berjanji dengan pembaca. Dah siap baru post.

Okey! Kita nak belajar apa hari ni? Sya ajar yang asas ya. Kita belajar melukis expresi wajah dulu.


Ikut susunan nombor:
1. Normal State 

2. Loud Laughter
-       - The louder the laugh, the more the heart is expressed. The mouth opens wider and more voice wants to come forth.

3. Laughter
-       - Depending upon the degree of laughter, the eye narrow.

4. Smile
-       - When happy, the outside facial muscle loosens and eyebrow, eyes and mouth are drawn in a curved line

5. Very anger
-       - When very angry, the ends of the eyes lift to.

6. Anger
-     - Depending upon the degree of anger, wrinkles show up in the middle of the face

7. Being Upset
-      -  When angry, the muscles bunch together into the center

8. Crying loudly
-       - The emotional ength of the heart

9. Crying
-       - The eyelids are pulled by the muscles of eyebrows.

10. Sorrow
-     -  The eyebrows will bend backward

11. Thinking
-       - see that gaze is averted.

12. Troubled
-      -  The expression is similar to sorrow

13. Surprise
-      -  With surprise, the eyes widen. A useful tip is to draw sweat in order to look like the way it should be.

14. Fright
-       - The face looks pale or tense

15. Relief
-       - The eye shape here is the main point.

16. Cry Smilingly
-       - Draw a crying face but make the mouth smile


Apa reaksi wajah kartun di atas? Dia sangat gembira walaupun mengalami masalah kesalahan dalam berfesyen. Kata Jae suk oppa, ‘perlu keyakinan ketika berfesyen’. Hehe

Homework: Lukiskan apa saja reaksi wajah. Kemudian post di FB page Sya. Kita kongsi hasil kerja adik-adik semua di sana. Boleh hantar bila-bila masa. Sya juga akan letakkan lukisan adik-adik di blog avellanda.

Tulis-
Nama:
URL blog/FB:

p/s: Jangan takut mencuba.
Untuk melihat koleksi lukisan Sya, lawati www.syasyabellyna.deviantart.com atau terus ke FB Sya. Sekali sekala Sya akan kongsikan hasil lukisan yang dilukis waktu lapang.
Bye, kita jumpa lain kali.
2

Tip Belajar Saat Akhir



Assalamualaikum and hello!
 
Wah, esok exam PMR. Bagaimana dengan keadaan adik2 sekarang? Sya harap kalian sudah nyenyak tidur memandangkan tidur itu penting untuk esok. Tenaga perlu disimpan untuk menjawab soalan peperiksaan dengan baik.

Baiklah, Sya baru saja menyiapkan entri ini hari ini. Mungkin agak terlambat untuk dibaca oleh adik-adik tapi in syaa Allah berguna untuk saat-saat akhir. Walaupun tidak bagus belajar disaat akhir, andai terpaksa, gunakan tip ini.

Sebelum itu, setkan diminda. Perlu bertenang, beri tumpuan dan yakin. Satu hal perlu diingat. Jangan ambil apa-apa ubat yang meragukan.

Sya mahu anda bertenang kerana bila adik-adik tertekan, apa saja yang adik baca, tak akan masuk ke otak. Kalau boleh singkirkan apa saja yang menjadi penghalang untuk adik-adik fokus. Jika meja bersepah, bersihkan dulu. Kalau lapar, makan dulu. Dahulukan hal-hal yang asas.

Kemudian, keluarkan nota kecil yang sudah terisi perkara penting yang wajib diingati. Tak ada nota kecil?! Kalau anda ada rakan yang baik hati yang boleh meminjamkan nota, mintalah. Sharing is caring. Sha juga pernah berikan nota kecil pada rakan selepas membaca buku yang berat mencecah 10 kilo. Bayangkan betapa banyak ulangkaji yang Sya buat. Pasti rakan kita ada yang tak sempat buat nota kecil. Percayalah, tak rugi berkongsi. Sebaiknya buat fotokopi.

Jika adik-adik tidak sempat membuat nota, cara paling efisien untuk mengingati apa yang kita belajar ialah menjawab soalan-soalan tahun lepas. Seperti adik-adik, Sya juga pernah mengalami masalah kerana apa yang Sya belajar dikelas, tidak ada di dalam soalan. Dengan menjawab soalan-soalan tahun lepas, adik-adik boleh membiasakan diri dengan soalan-soalan sebenar. Boleh rujuk buku jika jawapan salah. Cara begini sesuai untuk subjek yang memerlukan pengiraan. Sya pernah buat, percayalah.

Satu lagi cara ialah saling berinteraksi dengan rakan-rakan. Sesetengah orang boleh mengamalkan cara ini. Bila berkongsi apa yang mereka baca, secara automatik kita mendapat nota ringkas dari mereka. Oh, Sya tak boleh berinteraksi ketika hampir dengan peperiksaan. Kerana itu Sya kata cara ini sesuai untuk sesetengah orang.

Sya ada tip untuk pelajar yang mengambil subjek geografi. Kerana Sya obses dengan geografi jadi Sya menemui cara untuk mengingati nota disaat akhir. Contohnya... dengan melukis gambar sahaja, penanda markah boleh berikan markah, sekurang-kurangnya. Walaupun tidak diminta. Itu cara kita mengingati proses kejadian alam. Buat anak parah dan labelkan ya. Sya pernah gunakan cara ini semasa STPM dulu. Hampir 40 muka surat digunakan untuk menjawab soalan. Suku dari kertas untuk sedikit imej. Alhamdullilah, berbaloi.
Tak perlu warna.

Seterusnya, menghafal secara logik. Bagaimana ya? Contohnya... Contohnya, Haji CikMat Marah Jika Kuda Hijau Balik Untuk Ke Putrajaya. Terjemahkan balik akan dapat susunan warna mengikut rintangan dari 0 ke 9. Hitam, Coklat, Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Ungu, Kelabu, Putih.

Baiklah adik-adik.
SELAMAT MENJAWAB SOALAN. Doa Sya semoga anda berjaya ;)
0

Watak-Watak Guru Avellanda [1]

Assalamualikum, hai warga Avellanda

Buat masa ni Sya perkenalkan tiga watak dulu. Al-maklumlah, Sya terpaksa melukis dulu dan fikirkan apa peranan mereka di Avellanda. Sya akan perkenalkan watak cikgu Tanana, cikgu Don dan cikgu Jena Jean seringkas mungkin. Sya akan serlahkan personaliti mereka untuk setiap mss yang Sya tulis. Jadi, automatik kalian akan mengenali watak mereka dengan lebih mendalam.
Cikgu paling muda di Avellanda. Berusia 24 tahun. Orangnya manis berhijab. Jawatannya di Avellanda ialah mengajar subjek sains pertanian, fizik dan guru kaunseling. 
Ini pula cikgu Don. Berusia 30 tahun. Guru disiplin paling macho di Avellanda.  Gemar memakai cermin mata hitam, cikgu ini suka bergaya. Orangnya ramah tapi bila dah marah, boleh runtuh bangunan Avellanda. 
Cikgu manis ini namanya Jena Jean. Kacukkan cina dan Jerman. Walaupun manis tapi garang. Subjek yang diajar ialah Bahasa Inggeris dan matematik.

lain kali Sya akan tambah lagi watak-watak yang ada di Avellanda. 
0

Cover MiniNovellanda: Skandal Pengetua Speelman

Sya nak cerita serba sedikit tentang cover yang blink blink kat sebelah side bar tu. Ini hasil pertama lukisan yang Sya warnakan, kemudian diedit hingga cantik dengan bertujuan untuk dijadikan cover MiniNovellanda. Mungkin saja Sya akan buat button badge di masa akan datang kan. Sya pun dah puas survey  merchandise kat tapak online. Dulu Sya rajin buat penanda buku dan buku nota kecil. Sya jual kat sekolah rendah. Macam-macamlah idea boleh buat.
Sebenarnya untuk MIniNovellanda: Skandal pengetua Speelman adalah sisipan pada Novelet Puteri Perantis Avellanda. Itulah ideanya. Sebenarnya idea ni tercetus semasa tahun 2008. Tapi mss mula ditulis pada 2011.
Sya tak boleh kongsikan cerita penuh sebab MiniNovellanda hanya sebesar A5 dan tak sampai 50 muka surat. Sya kongsikan synopsis ajelah ye.


[Sinopsis]
Misteri seorang wanita yang sering datang ke rumah pengetua baru, Ibrahim Speelman yang terletak di dalam kawasan Avellanda menimbulkan tanda tanya. Siapakah wanita itu? Kenapa dia dibenarkan keluar masuk ke Avellanda setiap malam? Semuanya akan terjawab dalam Skandal Pengetua Speelman.

Siguiente Inicio